Agensi terlibat dengan perikanan perlu memfokuskan kepada plan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) bagi memastikan bekalan ikan negara sentiasa mencukupi.

Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, ia berupaya memastikan sumber makanan negara lebih selamat dan terjamin ketika faktor cuaca tidak menentu mempengaruhi pendaratan ikan di negara ini.

Beliau berkata, tindakan seperti menyimpan stok ikan lebih awal juga mampu membantu mengawal harga ikan semasa. Tambah beliau, ekonomi akan lebih mampan jika semua plan sub sektor perikanan dan akuakultur di bawah dasar tersebut dapat dilaksanakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini