Jika dahulu lorong-lorong di kawasan Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Pasar, Kuantan sering dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat.

Namun, di sebalik musibah COVID-19, ia kini telah berubah.

Dipenuhi aktiviti bermanfaat dengan sokongan pelbagai pihak, ia memberi sinar baharu buat kehidupan penghuninya.

Setiausaha Pertubuhan Dapur Infaq Ummah Kuantan, Zahir Shah Zahid berkata, pada mulanya usaha mendekati komuniti di sini bukan mudah.

Pihaknya mengambil masa hampir empat tahun sebelum kehadiran mereka diterima.

Dan sekali lagi, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pertubuhan Bukan Kerajaan ini mengambil peluang mendekati mereka.

Kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menjadi bukti kesungguhan kerajaan negeri untuk memutihkan kawasan terbabit.

Malah, usaha bersepadu ini turut memfokuskan generasi muda dengan kebajikan dan pendidikan mereka dijaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini