Satu sindiket penyeludupan arak yang dianggar bernilai RM22.24 juta berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 2, Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan dan Pematuhan, Datuk Abdul Wahabi Abdullah mengesahkan rampasan dibuat menerusi tiga serbuan berasingan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

JKDM Selangor berjaya menahan tiga buah kontena yang membawa 31,545 liter arak bernilai RM1.6 juta. Hasil pemeriksaan, pihak JKDM menemukan arak dipercayai belum mendapat kelulusan pihak Kastam.

Serbuan kedua membabitkan 494,373 liter arak dengan nilai rampasan termasuk duti cukai dianggarkan lebih RM18 juta. Dalam serbuan ketiga, JKDM berjaya menahan enam buah kontena dengan rampasan bernilai lebih RM2.1 juta.Seorang lelaki warga tempatan berumur sekitar 40-an ditahan membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini