Angkara sindiket mata wang bitcoin yang membuat sambungan elektrik secara haram, Tenaga Nasional Berhad (TNB) rugi lebih RM700,000 dalam tempoh enam bulan.

Sindiket beroperasi di Kota Warisan, Sepang tumpas, hasil serbuan dilaksana TNB. Tindakan dibuat setelah TNB menerima banyak aduan daripada penduduk berkaitan gangguan elektrik di kawasan berkenaan.

Operasi dijalankan dengan kerjasama polis, Majlis Perbandaran Sepang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini