Sindiket dadah antarabangsa guna modus operandi menyorok dadah bernilai RM1.9
juta, dalam muatan ikan kerapu ke Hong Kong, tumpas. 12 individu termasuk seorang wanita ditahan, hasil empat serbuan di Selangor dan sebuah kediaman di Pekan Nenas, Johor Bahru, Sabtu lalu.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, sindiket aktif sejak akhir tahun lalu dipercayai menggunakan kediaman itu untuk menyimpan dan membungkus dadah jenis heroin sebelum dihantar menerusi ejen penghantaran udara ke Hong Kong.
 
Semua suspek berumur 36 hingga 53 tahun ditahan. Lima kenderaan disita termasuk wang tunai, barang kemas dan jam tangan berjenama, bernilai keseluruhan, RM2.6 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini