Sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa tumpas selepas penahanan lapan lelaki termasuk dua warga Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata berkata, polis turut merampas 840 kilogram ganja bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Turut disita sebuah lori dan dua kenderaan pacuan empat roda bernilai RM80,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM2.2 juta.
 
Kesemua suspek berumur lingkungan 35 hingga 59 tahun itu direman tujuh hari bermula Sabtu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini