Sindiket penjualan bayi berjaya ditumpaskan.

Ia beroperasi di sebalik akaun Instagram ‘Mencari Anak Angkat Syurga’ yang dikesan mula aktif pada Mac tahun lalu.

Namun hasil ‘Op Pintas Nana’ yang dijalankan, pihak berkuasa berjaya menahan 14 suspek sindiket terbabit, berusia antara 25 hingga 58 tahun.

10 warga tempatan dan empat wanita Indonesia itu ditahan antara 30 November dan semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, susulan penahanan itu juga polis berjaya menyelamatkan tiga bayi dan seorang kanak-kanak berumur lima tahun.

Beliau memaklumkan tentang kejayaan operasi itu dalam sidang media di IPD Melaka Tengah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini