Sindiket menjual biskut berperisa ganja, tumpas dengan penahanan tujuh individu dalam tiga serbuan berasingan, pada Rabu dan Khamis lepas.

Ketika mendedahkan kejayaan itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai memaklumkan serbuan itu dilakukan di Batu Caves, Selangor dan Bandar Menjalara Kepong, bersama barang kes.

Keseluruhan rampasan dadah dalam ketiga-tiga serbuan itu mencecah hampir 250 ribu ringgit.

Turut dirampas beberapa barang kemas serta wang tunai 2-ribu 400 ringgit.

Saringan awal air kencing mendapati, tiga daripada tujuh suspek positif dadah jenis ganja.

Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini