Tahun ini Johor merekodkan peningkatan kes penipuan cinta dalam talian atau Love Scam dengan jumlah kerugian RM 25juta setakat ini, berbanding RM14.5 juta, tahun lalu. Menurut beliau, 1,047 laporan diterima berbanding 934 sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket dipercayai didalangi warga tempatan yang menyamar sebagai warga asing berkerjaya. Pemeriksaan juga mendapati akaun keldai digunakan sindiket merupakan akaun bank yang didaftarkan dalam negara.

Datuk Kamarul Zaman turut memaklumkan pihaknya telah menahan seorang lelaki di Johor Bahru, semalam, dipercayai terlibat kes melarikan wang sekuriti bernilai satu juta Dollar Singapura, dua tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini