Polis berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran pelbagai jenis dadah yang didalangi empat lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing dalam dua serbuan berasingan pada Rabu minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 38 tahun ditahan dalam serbuan di Batu 3 1/2 dan Kampung Udara, berhampiran Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Jelasnya, sindiket itu menjadikan premis sebagai makmal memproses dan membungkus dadah jenis ganja seberat 58 kilogram; heroin , 11 kilogram; methapatamine , 2.6 kilogram; dan kafein,  50 kilogram dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM419,000.

Daripada enam suspek, dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan seorang positif dadah. Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini