Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya merampas seribu 661 karton rokok seludup, bernilai RM249,782, semalam.

Rampasan dibuat di dua premis berasingan di Taman Pontian Jaya, Pontian, Johor kira-kira pukul 4:30 petang.

Rampasan tersebut secara tidak langsung berjaya melumpuhkan rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar daerah tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion Lima PGA, Superintenden Dimin Awang menerusi kenyataannya memaklumkan, siasatan mendapati seorang lelaki berusia 57 tahun yang ditahan, menjadikan premis terbabit sebagai stor penyimpanan sementara rokok.
 
Sindiket dipercayai telah beroperasi sejak Julai lalu, mengedar rokok seludup untuk pasaran sekitar Pontian.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini