Pelbagai helah atau taktik ‘kreatif’ digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya mangsa.

Justeru, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mahu orang ramai sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan perbankan secara dalam talian.

Polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sentiasa mengadakan kempen bagi mendedahkan orang ramai dengan taktik yang dilakukan sindiket ini. Beliau berkata ia mula menampakkan hasil apabila pihaknya melihat terdapat pengurangan kes melibatkan sindiket penipuan ini.

Beliau juga turut menegaskan pihaknya tidak akan meminta butiran peribadi seperti akaun bank menerusi panggilan telefon bagi tujuan siasatan sebaliknya keterangan akan diambil secara bersemuka di balai polis.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program derma darah sempena Sambutan Hari Polis ke-215 di Bukit Aman, ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini