Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Johor, berjaya mematahkan sindiket penyeludupan tayar kenderaan, bernilai RM697,759, menerusi dua serbuan di sekitar Johor Bahru pada 28 dan 29 Oktober lalu.
 
Serbuan dijalankan hasil intipan dan pemantauan PPM Wilayah Dua, yang mengekori sebuah lori mencurigakan keluar dari Singapura, melalui Bangunan Sultan Iskandar, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan, lori itu kemudiannya ditahan di Plaza Tol Kempas, pukul 5:35 petang, dan 727 biji tayar kenderaan pelbagai jenis ditemukan, selain seorang pemandu lelaki 56 tahun ditahan.
 
Berikutan itu, satu lagi serbuan dibuat di sebuah premis di Taman Sri Skudai keesokan harinya dan seorang lelaki 28 tahun, yang merupakan majikan kepada pemandu lori terbabit ditahan.
 
Siasatan mendapati suspek terlibat kegiatan membawa masuk tayar tidak bercukai dari Singapura, ke dalam negara, yang dipercayai telah beroperasi tujuh bulan lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini