95,000 liter minyak diesel bernilai RM522,500 dirampas polis menerusi serbuan di sebuah stor di kawasan perindustrian Desa Plentong, Johor Bahru, kira-kira 11:00 malam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, 30 individu berusia 22 hingga 46 tahun, termasuk seorang lelaki bergelar Datuk disyaki dalang sindiket yang mempunyai rekod jenayah lampau, ditahan.

“Modus operandi sindiket yang beroperasi kira-kira sebulan lepas ini dipercayai dengan membeli minyak diesel bersubsidi dan dijual semula ke pasaran gelap dengan harga dua kali ganda lebih tinggi.” Kata beliau dalam satu sidang media di Johor Bahru.

Keseluruhan rampasan termasuk 27 lori, pelbagai jenis tangki dan wang tunai berjumlah lebih RM3 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini