Satu rangkaian sindiket penyeludupan migran ke negara Eropah melibatkan warga tempatan dan Sri Lanka berjaya ditumpaskan dalam satu operasi khas polis. Tiga warga tempatan dan lapan warga Sri Lanka ditangkap di tiga lokasi berasingan pada 27 Mei lalu. Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memaklumkan, tangkapan itu dibuat ketika sindiket berkenaan sedang menyeludup seorang kanak-kanak warga Sri Lanka menggunakan dokumen perjalanan Malaysia. Sindiket berkenaan dipercayai masuk menerusi sempadan Padang Besar, Perlis sebagai transit sebelum ke Thailand kemudian ke negara Eropah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini