Empat ekor singa di taman perlindungan hidupan liar, Night Safari di Singapura diuji positif COVID-19. Haiwan terbabit dipercayai dijangkiti virus tersebut selepas bersentuhan dengan penjaga zoo yang positif COVID-19.

Penjaga terbabit dilapor mempunyai simptom termasuk batuk dan bersin. Selain dia, dua lagi penjaga zoo berkenaan juga positif COVID-19.

Singa Asia yang terancam itu dikesan menunjukkan simptom penyakit pada hujung minggu lalu dan mendorong pegawai taman melakukan ujian COVID-19.

Difahamkan, seekor singa Afrika di Zoo Singapura, bersebelahan Night Safari juga dikesan jatuh sakit dan pihak terbabit diarahkan untuk membuat saringan. Kedua-dua zoo berkenaan masih kekal dibuka, namun pertunjukan singa ditutup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini