Di Pakistan, seorang lelaki membiarkan singa jantan peliharaannya untuk merayau bebas dalam rumah malah tidur di atas katilnya.
Zulkaif Chaudhary, 33, membeli singa kesayangan yang dinamakan Barbar itu kira-kira enam bulan lalu dan membiarkan anak singa tersebut bergerak bebas dalam banglo keluarganya. Barbar kini berusia lapan bulan dan mempunyai berat badan 76 kilogram (kg). Bagaimanapun, Zulkaif mendakwa, dia mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa untuk memelihara singa itu di rumahnya. Dia membeli singa itu pada harga 17 ribu ringgit hujung tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini