30% kematian akibat COVID-19 di Singapura tahun lalu melibatkan individu yang sudah lengkap divaksin.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengesahkan, sebanyak 247 daripada 802 kematian kerana COVID-19 yang dilaporkan di Singapura tahun lalu sudah lengkap divaksin.

Bercakap di Parlimen, Ong membentangkan kadar kematian berdasarkan jenis vaksinasi yang meliputi 11 kematian bagi setiap 100,000 mereka yang divaksinasi dengan Sinovac.

7.8 bagi setiap 100,000 untuk Sinopharm, 6.2 bagi setiap 100,000 untuk Pfizer-BioNTech dan 1 bagi setiap 100,000 mereka yang divaksin dengan Moderna.

Baki 555 orang yang meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lalu pula tidak lengkap divaksin.

Meskipun jumlah yang tidak divaksin membentuk sebahagian kecil penduduk Singapura, kematian itu membentuk 70% jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 tahun lalu.

Ketika ini, kira-kira 132,000 orang berusia 18 tahun dan ke atas belum divaksin manakala terdapat 300 orang tidak layak dari segi perubatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini