Singapura mencatatkan 365 kes jangkitan COVID-19 baru semalam termasuk 173 kes import.

Kementerian Kesihatan melaporkan tiada kematian dilaporkan dengan angka kematian kekal pada 825 kes.

Jumlah kes meningkat daripada 280 jangkitan dilaporkan sebelumnya dan ia juga adalah bilangan jangkitan baru  tertinggi dilaporkan di negara itu sejak 412 kes baru dilaporkan pada 17 Disember.

Dalam kalangan kes baru yang dilaporkan semalam, 192 kes adalah jangkitan tempatan merangkumi 191 kes komuniti dan satu kes di asrama pekerja asing.

Kementerian Kesihatan Singapura turut melaporkan 134 jangkitan varian Omicron baru dengan 94 adalah kes import dan 40 kes tempatan.

Sehingga semalam, Singapura melaporkan 278,409 kes COVID-19 sejak bermulanya pandemik tahun lalu.

Terdapat 303 pesakit masih dirawat di hospital dengan 43 daripadanya memerlukan sokongan oksigen.

Di ICU, enam pesakit memerlukan pengawasan rapi sementara 17 pesakit pula sakit tenat.

Sehingga Isnin, 91 peratus penduduk Singapura telah divaksinasi lengkap .

Sekitar 38 peratus penduduk Singapura juga sudah menerima suntikan vaksin penggalak .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini