Singapura melaporkan lebih 5,000 kes COVID-19 harian baharu jumlah tertinggi direkodkan sejak ia mula dikesan tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 4,651 kes adalah kes tempatan, 661 di asrama pekerja asing, dan 12 kes import.

Kementerian Kesihatan berkata, jumlah jangkitan adalah luar biasa tinggi dengan kebanyakan kes positif dikesan oleh makmal ujian.

Menurut kemas kini itu, 3,172 kes dibenarkan keluar hopital semalam manakala 1,777 kes masih dirawat dengan 308 kes memerlukan bantuan oksigen di wad am.

Sebanyak 76 pesakit tidak stabil dan berada di bawah pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 66 kes kritikal dan diintubasi di ICU.

Sehingga 26 Oktober, 84 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan vaksinasi COVID-19.

85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 14 peratus telah menerima dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini