Korea Selatan dan Singapura menjadi dua negara Asia terawal merekodkan jangkitan kes cacar monyet. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan penyakit Korea, dua jangkitan yang dikesan melibatkan kes import.

Kes pertama melibatkan seorang warga asing yang memasuki negara itu Isnin lalu manakala satu lagi kes membabitkan rakyat tempatan yang tiba dari Jerman, kelmarin.

Sementara itu di Singapura, satu kes cacar monyet turut dikesan melibatkan lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara. Lelaki berkenaan berada di Singapura antara Rabu dan Jumaat minggu lalu sebelum kembali berada di negara itu Ahad lalu. 13 kontak rapat yang dikenal pasti ditempatkan di pusat kuarantin selama 21 hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini