Bermula esok, semua pengembara yang memasuki Singapura menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL), perlu menjalani saringan COVID-19 setiap hari selama tujuh hari.

Pelaksanaan ini sebagai kaedah untuk mencegah penularan varian Omicron. Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan, langkah itu tambahan kepada ujian pra-pelepasan dan ketibaan yang perlu dihadapi pengembara.

Pengembara perlu membuat saringan sendiri mengguna kit ujian antigen dan memberi maklumat itu secara atas talian, kecuali pada hari ketiga dan ketujuh.

Protokol kesihatan itu berrmula pada 11.59 malam pada Isnin  dan terpakai kepada pengembara yang tiba dari Malaysia melalui Tambak Johor.

Selain itu, Singapura juga melanjutkan sekatan perjalanan kepada lebih banyak negara yang mengalami lonjakan kes Omicron.

Pengesahan awal menunjukkan ujian pantas antigen masih berkesan dalam mengesan kes COVID-19 bagi varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini