Singapura melonggarkan sekatan fizikal yang dilaksanakan untuk membendung COVID-19.

Ia dibuat selepas jangkitan semakin stabil sejak sebulan lalu.

Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong  berkata Singapura kini beralih ke arah hidup bersama COVID-19.

Keputusan itu dibuat berikutan jumlah jangkitan keseluruhan dan keadaan hospital sebahagian besarnya stabil serta bertambah baik.

Secara purata, kes COVID-19 harian Singapura jatuh ke bawah 3,000 kes, dengan kira-kira 85 peratus daripada 5.45 juta penduduk Singapura sudah diberi vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini