Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia, termasuk dengan negeri Perak.

Beliau berkata demikian dalam kemas kini Facebooknya mengenai pertemuannya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.

Turut serta dalam pertemuan itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan. Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak kini dalam rangka lawatan empat hari ke Singapura.

Menurut Kementerian Luar Singapura, Sultan Nazrin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong. Sultan Perak juga akan diberi taklimat mengenai Rancangan Hijau Singapura 2030.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini