Kakitangan awam di Singapura yang memilih kekal tidak divaksin meskipun layak daripada segi perubatan mungkin dikenakan tindakan cuti tanpa gaji.

Ia susulan pengumumkan Kementerian Kesihatan yang memberi kebenaran kembali ke tempat kerja hanya kepada pekerja sudah lengkap vaksinasi atau individu yang pulih daripada Covid-19 dalam tempoh 270 hari lalu.

Media tempatan yang memetik jurucakap Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) negara itu melaporkan, mulai 1 Januari tahun hadapan, pegawai awam berkenaan juga berdepan tindakan penamatan kontrak.

Ia selaras dengan konsensus Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kemeterian Kesihatan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) serta Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), bulan lalu.

Menurut laman PSD, perkhidmatan awam Singapura menggajikan sekitar 153,000 orang di 16 kementerian dan lebih 50 badan berkanun dan daripada jumlah itu, sekitar 98 peratus sudah lengkap divaksinasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini