Singapura umum pakej bantuan bernilai RM4.76 bilion bagi menyalurkan kemudahan bersasar untuk kumpulan berpendapatan rendah yang terjejas akibat tekanan inflasi.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) Singapura, pakej segera tersebut turut memberi bantuan lanjut kepada syarikat-syarikat tempatan bagi transformasi perusahaan dan tenaga kerja.

Pakej itu dibiayai menerusi pulangan fiskal yang mengatasi jangkaan untuk tahun kewangan 2021, didorong oleh peningkatan pendapatan akibat pemulihan ekonomi lebih kukuh pada 2021.

Ia juga tidak akan membabitkan pengeluaran seterusnya daripada rizab sebelum ini.

Menurut MOF, peperangan di Ukraine yang masih berterusan dan sekatan COVID-19 di beberapa negara telah menjejaskan rantaian bekalan dan melonjakkan harga tenaga dan makanan.

Malah, inflasi global juga berkemungkinan kekal tinggi untuk beberapa waktu dan terus meningkat sebelum kembali stabil.

Justeru Singapura perlu bersedia menghadapi kenaikan harga untuk beberapa bulan akan datang terutama bagi harga tenaga yang berkemungkinan kekal tinggi pada separuh kedua tahun ini.

Pakej bantuan akan menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Singapura layak menerima Bayaran Baucar GST Khas sehingga S$300 (RM952.45) pada Ogos ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini