Ladang menternak siput gergasi kini semakin berkembang di wilayah Nakhon Nayok, Thailand dengan ketika ini, terdapat lebih daripada 80 ladang ternakan siput gergasi atau siput babi. Ini kerana, memiliki seribu ekor siput gergasi dapat menjana pendapatan tambahan antara 320 hingga 650 dolar Amerika setiap bulan.Jika dahulu, siput yang banyak banyak berkeliaran di ladang dan sawah padi ini, adalah antara musuh utama petani.Mereka biasa membuang siput ke jalan raya supaya dilanggar kenderaan dan ada juga membaling siput ke dalam sungai bagi mengurangkan populasinya.Hasil penyelidikan kosmetik, lendir siput gergasi ini didapati lebih berharga daripada emas kerana kaya dengan kolagen.Siput yang diternak diberi makanan organik supaya menghasilkan lendir berkualiti tinggi.Kajian mendapati, pasaran kosmetik melibatkan siput global mencecah 314 juta dolar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini