Jabatan Kastam Diraja Malaysia, akan melakukan pemeriksaan lebih ketat terhadap kontena di semua pelabuhan bagi memastikan tiada bahan sisa plastik yang dilarang terlepas masuk ke negara ini. Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarahnya, Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, JPSPN dan Jabatan Alam Sekitar, JAS bagi membanteras kegiatan haram itu. Jelasnya, pemeriksaan ketat itu termasuk di Pelabuhan Klang. Pihak kastam juga akan menyertai pasukan khas yang diwujudkan oleh kerajaan dan memandang serius kegiatan membawa masuk sisa plastik ke dalam negara. Isu sisa plastik mendapat perhatian apabila media melaporkan beratus-ratus kontena di Pelabuhan Klang yang diperiksa dalam 10 operasi pihak berkuasa mengandungi sampah haram.Pada 28 Mei lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata sejumlah 60 kontena sisa plastik haram itu akan dihantar semula ke negara asal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini