Sistem amaran awal dalam bentuk digital akan diletakkan di semua kawasan berisiko tinggi berlakunya tanah runtuh. Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sistem itu turut diletakkan di lokasi yang tiada penginapan.

Antara kawasan yang sudah diletakkan sistem itu termasuk Gunung Jerai, Kedah, beberapa lokasi di Sabah dan kawasan tanah tinggi termasuk Cameron Highlands. Kerajaan menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)dan beberapa jabatan lain turut menjalankan kajian dari segi risiko menguruskan sistem berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini