Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mencadangkan sistem amaran awal pemantauan dan pengesanan tanah runtuh di Gunung Jerai dibangunkan bagi memastikan keselamatan pengunjung. 
 
Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pembangunan sistem amaran tersebut meliputi penggunaan teknologi atau peralatan yang sedia digunakan. 

Tahap kesedaran penduduk yang tinggal di kawasan sekitar Gunung Jerai akan dipertingkat supaya sentiasa berwaspada dengan tanda-tanda awal berlaku kejadian tanah runtuh. 

Kerajaan juga bersedia menggabungkan kepakaran dalam dan luar negara bagi menubuhkan pasukan khas mengkaji lokasi berisiko berlaku bencana geologi serta tanah runtuh di seluruh Malaysia.
 
Perkara tersebut akan dibincangkan ke Kabinet bagi mendapat kelulusan.
 
Terdahulu, beliau meninjau kesan kerosakan di lokasi bencana banjir di sekitar Titi Hayun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini