Malaysia merancang untuk memperkenal Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) dalam rangkaian bekalan elektrik negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata inisiatif Tenaga solar itu, akan diterokai dengan kerjasama Amerika Syarikat.

Ketika ini, kementerian menjalankan kajian yang dikenali sebagai MyPower bagi memastikan kelangsungan industri bekalan elektrik negara.

Ia dilaksanakan melalui sebuah syarikat persendirian, berbekalkan jaminan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Datuk Seri Takiyuddin berkata demikian dalam ucaptama Mesyuarat Meja Bulat mengenai Tenaga Diperbaharui antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dihadiri Setiausaha Negara Amerika, Antony Blinken, di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini