Pengurusan warga asing di Malaysia akan diperkemas melalui pengenalan sistem baharu, e-Locker.

Menurut Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hamzah Zainuddin,Inisiatif itu akan memanfaatkan penggunaan data raya, secara optimum dalam menguruskan warga asing.

Sistem baharu itu bakal menyaksikan pengurusan warga asing di negara ini dengan lebih baik, cekap dan berkesan.

Sistem e-Locker itu sudah pun diperkenalkan di beberapa negara seperti di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India.

Ia bakal memberi manfaat kepada Kerajaan, negara sumber, majikan dan pekerja asing apabila dokumen berkaitan pekerja asing seperti pasport, kontrak kerja, visa dan pass bekerja boleh diakses secara digital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini