Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang turut menyantuni penduduk terjejas di Yan berkata, Infrastruktur dan sistem komunikasi moden amat penting sebagai amaran awal bencana alam bagi mengurangkan kesan  lebih teruk.

Lebih-lebih lagi di negara ini yang terdedah dengan perubahan angin monsun.

Pendekatan sama juga setidak-tidaknya dapat mengurangkan impak banjir lumpur sebagaimana melanda lebih seribu penduduk di Yan akibat fenomena kepala air.

Menurutnya lagi, walaupun mempunyai persiapan dan tindakan yang tersusun di setiap agensi kerajaan serta badan kebajikan mengenai pengurusan bantuan awal kepada penduduk terjejas, namun sistem amaran awal juga merupakan aspek paling penting.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini