Sistem penghantaran dan logistik di Sarawak, bakal dipertingkat. Langkah itu diambil kerajaan negeri, bagi menyokong rantaian sektor e-dagang yang pesat membangun di negeri berkenaan. Jelas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pihaknya akan menjalin kerjasama strategik bersama pemain sektor logistik. Menerusinya, golongan pembeli dan peniaga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran lebih baik.

Tambah Datuk Patinggi Abang Johari, perkembangan e-dagang memerlukan logistik yang cekap, khususnya sistem penghantaran barang ke kawasan pedalaman. Beliau mengumumkannya pada Majlis Perasmian Aplikasi Dompet Baharu dikenali “d-Bazzar”, di Wisma Bapa Malaysia, Kuching

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini