Sistem Maklumat Bersepadu Halal berfungsi sebagai pangkalan data sedang dibangunkan JAKIM dengan kos RM3.4 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merangkumi enam sistem kawal selia berkaitan pensijilan halal.

Sistem terbabit melibatkan sinergi antara pihak berkuasa, industri tempatan dan badan dari luar negara.

Ia merangkui sistem My-E-Halal domestik dan antarabangsa, Sistem Cetakan Sijil Elektronik serta Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabangsa Malaysia.

Pangkalan data turut mencakupi Modul Permohonan Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal malaysia.

Sistem dijangka boleh mula digunakan dua tahun lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini