Sistem pekerjaan dan keselamatan sosial negara perlu melalui pembaharuan secara menyeluruh. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bagi memastikan perlindungan sosial yang mencukupi dan pekerjaan lebih baik tersedia untuk rakyat terutama golongan belia.

Beliau berucap pada acara penutup Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa, ISWC 2021 secara maya. Dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan komited meneruskan pelbagai program perlindungan sosial.

Sebagai contoh, sejumlah RM80 juta disediakan menerusi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia untuk melindungi suri rumah menerusi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO. Selain itu, pelepasan cukai sehingga RM4,000 untuk caruman sukarela KWSP turut diberikan bagi menggalakkan pekerja sektor tidak formal dan bekerja sendiri menyimpan untuk persaraan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini