Sistem pemancar dan peralatan radio yang digunakan RTM akan diganti dengan peralatan yang baharu. Ia bagi meningkatkan prestasi siaran radio dan kualiti yang baik menepati sasasan pendengar.

Pengarah Bahagian Pembangunan Fasiliti,Jabatan Penyiaran Malaysia, Ismail Seman berkata bagi tujuan itu, lebih RM60 juta hingga RM100 juta diperuntukan bagi membina dan penukaran peralatan termasuk di RTM Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, projek pembangunan siaran di RTM Kedah dan Pulau Pinang akan dilaksanakan dengan menukar peralatan sistem audio automasi yang baharu dan dijangka siap pada penhujung tahun 2022. Projek dengan kos RM9 juta itu yang dirangka pada tahun depan, akan dilaksanakan serentak dengan membina pemancar di Bukit Palong dan Gunung Raya Di Langkawi.

Beliau ditemui RTM selepas mendakan lawatan di Studio RTM Kedah di Alor Setar. Turut sama, Pengarah Penyiaran negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar.               

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini