Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran, dua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menambahbaik sistem penyampaian maklumat mengenai usaha-usaha dilakukan kerajaan dengan lebih berkesan.

Ia penting agar rakyat faham dan mendapat maklumat secukupnya berkenaan perkara tersebut. Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan memberi penjelasan dan penerangan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil rakyat dalam menguruskan covid ketika suasana endemik kelak.

Ia bagi memudahkan rakyat membuat persiapan lebih awal dan menerima hakikat untuk hidup bersama virus itu. Walaubagaimanapun, masyarakat masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini