Sistem perparitan dan longkang yang bermasalah antara punca kekerapan banjir di Kampung Sungai Jai, Mantin.

Dalam masa sama, projek pembangunan di kawasan sekitar turut menyumbang kepada punca banjir.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Jai, Zulkefli Abdullah, pihaknya bagaimanapun telah membuat aduan kepada Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri Sembilan berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir oleh Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook kepada 27 keluarga terjejas dalam kejadian banjir 23 November lalu di Mantin, Nilai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini