Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur diberitahu bahawa remaja Sindrom Down,Bella pernah dipaksa makan nasi goreng bercampur cili yang banyak oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun pada Mei tahun lalu.

Saksi pendakwaan kelapan,Suhana Zam berkata kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Wangsa Maju milik Siti Bainun.

Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad,Suhana memberitahu beliau melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka Bella, ketika pergi ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

Malah waktu makan Bella diminta berdiri berjam-jam oleh Siti Bainun dan tiada sesiapa memberi makanan dan minuman kepada remaja itu.

Suhana juga bimbang mengenai risiko terhadap respon Siti Bainun sekiranya bertanyakan keadaan Bella di rumah Siti Bainun.

Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini