Skandal semasa wabak COVID-19. Polis Vietnam menahan Menteri Kesihatan dan Datuk Bandar Hanoi berikutan tuduhan terbabit dalam skandal kit ujian COVID-19  bernilai kira-kira RM747 juta.

Kementerian keselamatan awam menyatakan penahanan dibuat ketika meningkatkan usaha antirasuah susulan skandal pegawai disogok untuk membekalkan hospital dengan kit ujian COVID-19 yang sangat mahal.

Kementerian Keselamatan Awam mengeluarkan waran tangkap untuk Menteri Kesihatan atas tuduhan melanggar peraturan mengenai pengurusan dan penggunaan aset negara.

Skandal itu menyebabkan kerugian dan pembaziran sepanjang tempoh beliau menjawat Menteri Sains dan Teknologi. Waran juga dikeluarkan untuk Datuk Bandar Hanoi kerana menyalahgunakan jawatan dan kuasa ketika semasa menjalankan tugas rasmi.

Kedua-duanya dilucutkan keahlian parti dengan pihak berkuasa memecat kedua-duanya daripada jawatan dan menahannya. Beberapa pegawai Pusat Kawalan Penyakit wilayah lain turut ditahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana pembabitan dan kelulusan mereka menggunakan kit ujian koronavirus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini