Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia mula berkuatkuasa 7 hingga 31 Disember depan.
 
Ia merupakan salah satu inisiatif bagi membantu menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Rosol Wahid berkata, skim berkenaan melibatkan 12 harga barangan kawalan dan sayur-sayuran.

Harga di setiap negeri akan mengikut kesesuaian pasaran semasa dan mengambil kira pelbagai faktor.

Terdahulu beliau mengadakan walkabout Jualan Keluarga Malaysia di Hulu Terengganu.

Lebih kurang  3,000 pengunjung hadir sejak mula beroperasi pada pukul 8 pagi.

Kawasan Parlimen Hulu Terengganu dipilih lokasi pertama penganjuran sebelum diperluas ke Kuala Terengganu.

Ia akan dilaksanakan dua kali sebulan sehingga Februari tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini