Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia mula berkuatkuasa hari ini hingga 31 Disember depan. Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran.
 
Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato Rosol Wahid berkata, skim berkenaan melibatkan 12 harga barangan kawalan dan sayur-sayuran. Terdahulu beliau mengadakan walkabout Jualan Keluarga malaysia di Hulu Terengganu, Terengganu.
 
Program jualan itu menerima 3,000 pengunjung sejak mula beroperasi pukul 8 pagi tadi dan ia akan dilaksanakan dua kali sebulan sehingga Februari tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini