Di Perak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenal pasti 12 jenis barangan terkawal bagi pelaksanaan program Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Antara barangan tersebut adalah ayam, telur, cili merah, tomato, sawi hijau, kubis bulat, kacang panjang dan timun.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, ia berkuatkuasa bermula 7 hingga 31 Disember depan.

Beliau ditemui selepas sesi walkabout SHMKM di pasaraya Econsave di Ipoh. 
 
Orang ramai turut disarankan untuk menggunakan aplikasi Price Catcher bagi menyemak harga barangan yang meliputi lebih 400 jenis barangan di pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini