Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini.

Tarikh baharu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022 selama 35 hari bagi 12 jenis barangan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan, terdapat empat  jenis barangan yang terlibat dengan pelarasan harga dalam SHMKM iaitu ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang untuk lokasi-lokasi terpilih.

Pelarasan harga ini dibuat berdasarkan kepada situasi dan faktor-faktor tertentu bagi menjamin kestabilan harga dan bekalan.

Sepanjang tempoh penguatkuasaan skim ini, KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan bekerjasama melakukan pemeriksaaan bagi memastikan bekalan barangan mencukupi selain menjamin kestabilan harga barang di pasaran.

Dalam pada itu, KPDNHEP turut mengingatkan semua peniaga agar terus mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan di bawah skim ini selain perundangan lain yang dikuatkuasakan oleh pihak kementerian.

Peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini