Projek Skim Pemindahan Air Jeniang atau Jeniang Transfer Fasa 1 dijangka siap sepenuhnya  April ini.
 
Ketika ini, kerja-kerja pembinaan projek bernilai kira-kira RM101 juta itu telah mencapai tahap 97 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Dato’ Suraya Yaacob berkata projek berkenaan akan menakung air Sungai Muda dengan muka sauk di Jeniang untuk ditakung di Empangan Naok, Pendang dengan kapasiti 57 juta kubik meter.
 
Katanya lagi bekalan air tersebut akan mengairi selatan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 39 ribu hektar melalui terusan sepanjang 19.8 kilometer.
 
Projek ini adalah kritikal bagi pertanian kerana kajian sumber air ‘National Water Resources 2000-2050’ merumuskan kawasan utara Semenanjung Malaysia akan mengalami kekurangan air ketara menjelang tahun 2050.
 
Sekiranya jika tidak ditakung, air Sungai Muda hanya akan mengalir ke laut melalui Pulau Pinang.
 
 Dato’ Suraya ditemui selepas  lawatan kerja bagi melihat perkembangan pembinaan projek berkenaan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini