Dalam mengembalikan keupayaan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19, Kerajaan sebagai pemudah cara akan memperbanyak akses pembiayaan. Untuk itu, pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia atau Semarak Niaga.

Skim itu, merangkumipinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan, tidak kira perusahaan mikroataupun syarikat tersenarai awam.

Pada tahun depan juga, pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion akandisediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank, BSN, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia.

Menyedari kepentingan sumbangan gerakan koperasi, Kerajaan akan meneruskan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.

Di samping itu, dana sebanyak RM30 juta akan disediakan untuk Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Pada masa sama, bagi menyokong aktiviti perniagaan oleh koperasi, program seperti penyediaan tapak perniagaan food truck di kawasan bandar utama akan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Kerajaan juga menyokong perluasan program I-TEKAD, iaitu sebuahprogram kewangan sosial yang menawarkan modal permulaan, kredit mikro dan latihan kemahiran kepada usahawan mikro dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini