Federasi Koperasi Perkhidmatan Kewangan ditubuhkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) sebagai badan induk sektor kewangan bagi pembangunan gerakan koperasi di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ,Tan Sri Noh Omar berkata, penubuhannya selaras dengan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021-2025 bagi memperkasa industri kewangan koperasi sebagai pemangkin pertumbuhan sosio-ekonomi yang seimbang, inklusif dan progresif.

Ia juga selari dengan sasaran MEDAC untuk mencapai RM100 billion pendapatan koperasi menjelang 2030.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium TRANSKOM Co-opbank dan Koperasi Kredit (S-TRACK) di Bangi.

Hadir sama, Pengerusi Co-opbank Pertama merangkap Pengerusi Federasi Koperasi Perkhidmatan Kewangan Malaysia Berhad,FedKew, Datuk Baharom Embi.


Pada majlis sama turut diadakan pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) antara FedKew dengan Bank Rakyat dan Co-opbank Pertama, Green Pro Technologies, Policy Street dan Able Ace Raakin.

Tan Sri Noh turut menyampaikan replika cek geran penubuhan berjumlah RM100,000 kepada FedKew.

Simposium S-Track 2021 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam menyediakan aktiviti berbentuk pemerkasaan dan pengukuhan industri kewangan koperasi.

Antaranya pameran, forum kelestarian dan pengukuhan kewangan bersama Bank Negara Malaysia ,Bank Rakyat serta beberapa syarikat Fintech yang dijemput khas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini