Bermula 2018 sehingga 31 Oktober 2021, sejumlah 20,025 talian telefon telah ditamatkan atas kesalahan spam. Kesalahan melibatkan aktiviti mempromosi judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain.

Aktiviti berkenaan dikenalpasti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menjalankan audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar. Ini bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya.

SKMM turut menggerakkan program-program advokasi pengguna menerusi pelaksanaan kempen kesedaran di seluruh negara melalui hebahan media
massa.

Langkah itu diambil bagi memupuk kesedaran orang ramai termasuk golongan muda supaya tidak terjebak dengan kegiatan judi dalam talian. Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini