Skuad bawah 23 tahun Kebangsaan kendalian Brad Maloney bakal diberi peluang mengisi slot perlawanan persahabatan antarabangsa bulan ini menggantikan skuad senior.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya berdepan kekangan bagi menghantar pasukan senior.

Jelasnya, ia susulan faktor ketiadaan jurulatih Kebangsaan selain pasukan tempatan yang kini sedang membuat persiapan akhir bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Tambah Saifuddin, FAM juga telah menghantar surat kepada beberapa negara bagi tujuan mengadakan perlawanan persahabatan.

Nama-nama pasukan berkenaan akan diumumkan kemudian, kerana masih menanti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan negara-negara terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini